Kiriman Utusan Malaikat Maut. Dikongsikan sedikit peringatan kepada para pembaca semua, agar kandungan kisah di bawah dapat menginsafkan kita. Sambil mengisi masa, marilah kita renungkannya. Jangan sangka yang tua sahaja akan mati, yang muda juga boleh mengambil pengajaran kepada perkongsian di bawah.
Dikisahkan bahwa malaikat maut bersahabat dengan Nabi Ya’qub As. Suatu ketika Nabi Ya’qub berkata kepada Malaikat maut, ” Aku menginginkan sesuatu yang harus kau penuhi sebagai tanda persaudaraankita”.
“Apakah itu?” Tanya Malaikat maut.
“Jika ajalku telah dekat, beritahulah aku!” pinta Ya’qub As.
Malaikat maut berkata, “Baik, aku akan memenuhi permintaanmu, aku tidak hanya akan mengirimkan satu utusanku, namun aku akan mengirim dua atau tiga utusanku”.
Dan setelah mereka bersepakat, kemudian mereka berpisah. Setelah beberapa lama malaikat maut kembali menemui nabi Ya’qub. Kemudian nabi Ya’qub bertanya, “Wahai sahabatku, apakah engkau datang untuk berziarah atau mencabut nyawaku?”
“Aku datang untuk mencabut nyawamu” Jawab malaikat maut.
“Lalu dimana ketiga utusanmu?” tanya Nabi Ya’qub As.
“Sudah kukirim” jawab malaikat maut, “Putihnya rambutmu setelah hitamnya, lemahnya tubuhmu setelah kekarnya, dan bongkoknya badanmu setelah tegapnya. Wahai Ya’qub, itulah utusanku untuk setiap Bani adam.”
Maka, ingatlah bahawa dalam perjalanan waktu yang semakin singkat, perhatikan perubahan apa ada pada dirimu. Adakah kamu semakin tua, beruban, jalan pun sudah perlahan.. itulah utusan Malaikat Maut untuk memaklumkan bahawa kematian kita semakin dekat.
Wassalam...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.