Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Dengan Anak Di Marrybrown

Lunch Dengan Anak Di Marrybrown. Kali ini kami makan lunch agak jauh iaitu di Mersing kerana melawat anak bujang bongsu yang belajar di MRSM di sana. Sudah sebulan si dia tidak dapat pulang ke rumah kerana kesibukan program yang di atur di asrama bagi pelajar calon SPM. Jadi, dia meminta kami membawanya 'outing' untuk membeli barang keperluan diri dan stok makanan ysng telah habis. Hihi...

Selepas berbelanja semua untuk barang anak sendiri dan kiriman kawan-kawan, habis lah jugak dekat RM500. You all tak tau ke bebudak asrama belanjanya keras ya..

Time to lunch, late lunch lah dekat pukul 3.00 petang. Layan gambar dibawah untuk menu yang kami order..

Lunch Dengan Anak Di Marrybrown

Lunch Dengan Anak Di Marrybrown

Basic menu semua sama, cuma ada tambahan bubur nasi, salad sayur dan cheezy chicken.. hehe

Kami sekeluarga memang suka makan ayam MB, sebab rangup di luar, juicy di dalam. Dan, rasa pedasnya pun sesedap tekak kita.. 

Lunch Dengan Anak Di Marrybrown

Lunch Dengan Anak Di Marrybrown

Lunch Dengan Anak Di Marrybrown

Dekat sejam jugak kat dalam Marrybrown.. berborak, bonding time anak dengan mak bapak. Dan tentunya.. sempat saya lepas geram membebel kat si bujang ni. Dah lama tak kena bebel.. 

Tapi anak kami bagus, baik, bila kena tazkirah ke, ceramah ke.. dia angguk dan senyum je. Alhamdulillah adabnya dan akhlaknya masih sama seperti sebelum dia masuk asrama.

Tahun ini dia akan ambil SPM. So, jadualnya agak ketat. Hampir setiap malam ada kelas hingga 10.00 malam. 

Semoga anak bujang ibu berjaya mencapai impian menjadi seorang doktor muslim yang cemerlang, dunia dan akhirat.

Insya Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close