Makan Nasi Goreng USA Sotong Lewat Malam. Haha.. lewat malam dan di luar kawasan.. kerana menemani En suami bertemu dengan rakannya. Baru nak jumpa depan-depan, sebelum ni hanya bertemu di muka buku. Jadi lah kita ngopi-ngopi dah lewat malam.
Saya order Nasi Goreng USA dan En suami makan mee bandung kambing. Apa rasa ek mee bandung kambing? Sedap la kut sebab habis licin pinggan dia.
Jom layan gambar je..
Inilah nasi goreng USA saya. Saya pilih sotong punya.. sedap je lembut kejadian sotong tu. Tak liat.. Order air pulak sampai 3, sebab nak rasa ais chikong dia nampak macam sedap. Alhamdulillah.. memang sedap dan banyak isinya penuh satu cawan.
Air bandung cincau... tengoklah cincau dia selambak je.. tak kedekut. Memang sedap dan menyegarkan. Bila En suami tak habiskan cincau dia, saya lah jadi tukang perabis.
Bila kami dah makan separuh, rakan dia baru sampai. Sesat katanya. Tak pernah datang kampung tersebut. Masa kami datang tadi pun hampir nak sesat. Jalan malam kan gelap, nama kampung pun tersorok. Nasib baik sampai ke tempat yang dituju.
Dekat 12.00 malam baru sampai rumah.. dan kekenyangan. Alhamdulillah. Makanan sedap dan murah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.