Sebaik-baik Harta Seorang Lelaki. Apakah dia harta terbaik seorang lelaki? Adakah ia sebuah gunung emas, memiliki pulau yang indah terbentang luas? Sebenarnya mencari harta terbaik seorang lelaki tak perlu pergi jauh-jauh, kerana jika anda telah berkahwin, harta tersebut ada di sisi... ya, itulah isteri! Ambillah peluang untuk berkahwin demi memperoleh sebaik-baik harta di sisi Allah.
Nabi SAW bersabda:
أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
Maksudnya:
“Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” - Riwayat Abu Daud (1664)
Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:
اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ
Maksudnya:
“Wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/ lapang, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.” Riwayat Ibn Hibban (4031)
Memang sukar untuk mendapatkan seorang isteri yang solehah, tetapi menjadi tugas seorang suami untuk mentarbiyah isteri yang di kasihi untuk menjadi sosok yang solehah, bidadari di dunia dan akhirat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.