Awas Dengan Buah Yang Tinggi Gulanya. Makan buah memang bagus dan amat digalakkan kepada kita untuk mengambilnya seawal usia kanak-kanak lagi. Tetapi tahukah anda ada buah yang mengandungi gula yang tinggi di dalamnya dan kena diambil dalam jumlah yang sederhana dalam sesuatu masa.
Tahukah anda? Apakah buah-buahan yang mengandungi tingti gula?
Berikut adalah senarai buah yang tinggi kandungan gulanya:
1. Buah pisang - dalam setiap 100 gram mengandungi 12 2 gram gula
2. Buah mangga - dalam 100 gram mengandungi 14.8 gram gula
3. Buah laici - dalam 100 gram mengandungi 15.2 gram gula
4. Buah salak - dalam 100 gram mengandungi 16.3 gram gula
5. Buah anggur - dalam 100 gram mengandungi 15.4 gram gula
6. Buah kurma - dalam 100 gram mengandungi 63.3 gram gula.
Kita masih boleh makan buah-buah yang disebutkan di atas tetapi dengan cara mengambilnya dalam jumlah yang sederhana dan diambil sebelum makan nasi. Dengan cara ini buah-buahan tadi cepat diproses dan kita dapat khasiat yang sesuai dari buah-buah tersebut.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.