Baja Dan Siram Pokok-Pokok Di Mini Laman. Hari sabtu adalah hari rutin saya baja, siram dan meracun serangga pada pokok-pokok di laman mini depan rumah. Itulah waktunya saya terapi diri dan mencuci mata dengan hijauan alam. Dahulu saya tak pandai bercucuk tanam. Saya hanya tanam pokok bunga plastik yang tak perlu di siram atau dibaja. Hehe..
Pokok bunga renik ni memang comel. Bunga putih dia selalu berbunga silih berganti. Saya harap pokok bunga ini akan terus berbunga sampi bila-bila.
Gambar atas ini adalah pokok jambu air madu, di tanam khas untuk anak bujang kedua yang suka jambu air madu. Hehe.. harap lebat buahnya nanti.
Akhir sekali koleksi pokok bunga dalam kawasan parking. Pokok comel-comel je.. tapi sentiasa hijau. Kalau rajin nanti nak tambah rak bunga tu lagi.. tambah koleksi pokok bunga yang lain.
Sekarang ni, semua pokok saya nak tanam. Walau luas tanahnya hanya sekangkang kera...
Tadi siap pakej semua saya buat pada pokok-pokok bunga kesayangan. Siram, bubuh baja dan sembur dengan racun serangga.
Pokok cili yang baru saya pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar. Tengok dia cepat berbuah atau tidak, sebab saya dah bubuh baja gemuk.. hehe
Pokok limau kasturi saya, bila dialihkan tempat, dia jadi subur merimbun. Alhamdulillah. Dah berbuah pun.. mengghijau daun dia..
Pokok kelapa hiasan. Beli dah tinggi sikit dan tanam dalam pasu lebih besar. Semoga terus rimbun dan subur ya..
Semoga kami akan terus rajin menyiram, membaja dan menjaga pokok-pokok ini dan menyuburkan taman kecil kami.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.