Dinner Dengan Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api. Ayam kampung agak lambat nak dimasak, dan kena ada cara masakan atau menu yang bersesuaian dengan tekstur dagingnya yang agak liat. Jadi, saya guna dua cara masakan, di mana awal proses saya akan guna pressure cooker. Bila dah masak, saya tukar periuk dan proses masuk santan akan di lakukan atas dapur gas. Hehe.. jadi daging ayam kampung tadi gerenti lembut. Hehe..
Antara menu dinner kami adalah ayam kampung masak lemak cili padi, tempe goreng tepung, ulam timun jepun. Kami memang masak simple je, sebab hanya tinggal berdua je di rumah.
Tempe goreng tepung tu saya goreng dengan tepung bistari perisa original. Bancuh tepung tu macam nak buat lempeng. Mudah je..
Alhamdulillah untuk rezeki malam ini.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.