Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Laksanakanlah Kebaikan

Laksanakanlah Kebaikan, tanpa mengharap balasan. Insya Allah.. jaminan Allah bahawa setiap kebaikan akan di balas oleh Allah SWT akan ganjaran yang besar, samada ketika kita masih berada di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Kita berbuat baik bukan untuk orang sayang atau mendapatkan imbalan pujian dan sebagainya. Ikhlaslah berbuat baik walau orang nampak atau tidak. Cukuplah Allah SWT yang mengadili kita akan setiap amalan yang dilakukan. 

Jangan pernah penat untuk berbuat baik. Biar orang tidak melihat atau menghargai, tetap terus istiqamah berbuat baik sesama makhluk di atas muka bumi ini.

LAKSANAKANLAH KEBAIKAN


Laksnakanlah Kebaikan


Firman Allah SWT :

وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَیۡرࣲ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَیۡرࣰا وَأَعۡظَمَ أَجۡرࣰاۚ
[Surah Al-Muzzammil: 20]

Terjemahan:

"Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, - sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya."
 
Sesungguhnya seorang hamba itu akan dibalas baik akan segala perbuatan baiknya itu. Walau tidak dibalas oleh manusia tetapi Allah telah sediakan sebesar-besar pahala kepadanya.
 
Laksanakanlah kebaikan kerana Allah, dan bukan kerana manusia.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close