Mengemas Aksesori Box Barang Kemas. Saya memang suka beli barang kemas samada cincin, rantai tangan, bangle, rantai leher dan sebagainya. Oleh kerana kerap membeli, saya ada banyak koleksi kotak barang kemas yang tidak tahu nak hapuskan atau buang di mana? Saya ada juga bertanya kepada kedai emas berdekatan rumah, ada sesetengahnya kata boleh kembalikan kepada kedai emas yang berkenaan. Saya pun tak pasti nak buat apa dengan koleksi kotak brang kemas yang agak banyak.
Oleh kerana dah tak ada tempat nak letak, maka saya ambik keputusan untuk lupuskan je kotak barangan kemas tersebut. Nak pulang balik macam malas je.. hehe. Ada sesetengah kedai emas dia collect back..
Haa.. tengoklah kotak barang kemas tu.. memang agak banyak. Ada pelbagai warna dan brand. Dalam bebanyak tu, paling saya suka adalah kotak dari Habib Jewels. Cantik, berkualiti dan nampak eksklusif. Sebab tu kalau beli emas di HJ, harganya agak mahal, kerana presentation brand dia memang begitu.. rekaan cantik dan sentuhan tukang emasnya amatlah halus.
Kalau dari bentuk kotak barang kemas ni, nampak lah saya pernah beli rantai tangan, cincin, rantai leher, bangle.. dan banyak lagi.. hehe
Sekarang ni hanya tinggal gambar jadi kenangan. Kotak barang kemas ni semua saya akan lupuskan dan buang. Lagipun saya sudah memiliki jewellery box yang boleh memuatkan segala jenis barang kemas saya.
Alhamdulillah.. nampak juga usaha jerit payah saya menyimpan dan menabung dalam bentuk barang kemas untuk kegunaan masa depan jika diperlukan.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.