Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Syarat Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Tahun 2025

Syarat Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2025. Untuk memasuki MRSM hendaaklah mematuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. 

Syarat kemasukan ke tingkatan 1 & 4 tahun 2025 adalah seperti berikut:

1.. Calon warganegara Malaysia.

2. Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.

3. Calon memohon secara dalam talian (online).

4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.

5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

6. Calon lahir pada 2 Jan 2012 hingga 1 Jan 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025 atau calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 4 2025.

7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.

8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.


Syarat Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2025

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2025


Untuk membuat permohonan boleh layari link di bawah:-

>>> Permohonan Dalam Talian
>>> Soalan Lazim

Tarikh Permohonan : 6 Ogos hingga 6 September 2024


Panduan Permohonan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2025


1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

4. Pemohon perlu mengisi keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.

5. Pemohon perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM.

Selamat maju jaya kepada adik-adik semua!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close