Wajib Makan Timun Jika Kamu Ada Tanda-Tanda Ini. Mentimun atau timun adalah sejenis sayuran yang boleh di makan sebagai ulaman atau di masukkan dalam masakan. Namun timum terkenal sebagai ulaman dan dipadankan dengan sambal belacan.
Namun ada juga orang yang tak boleh makan timun kerana dikatakan timun makanan sejuk dan akan menyebabkan sebu perut atau pun masuk angin. Apakah ianya mitos atau benar, hanya yang mengalaminya saja yang tahu akan kebenaran pendapat tersebut.
Baiklah. Kamu wajib makan timun jika mengalami tanda-tanda seperti di bawah:-
1. Berat badan mulai naik
2. Muncul bau mulut
3. Mulai muncul kedutan di wajah
4. Dehidrasi - kurang air dalam badan
5. Kolesterol tinggi
6. Menghindari diabetes
7. Mengalami sembelit
8. Mempunyai sejarah darah tinggi
Dah faham ya? Jika kita sedang mengalami salah satu tanda-tanda di atas, maka bolehlah mula mengambil timun di dalam menu harian anda.
Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak, dan 2.2% karbohidrat. Selain itu, juga mengandung zat bermanfaat lain, seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Kerana banyak mengandungi bahan penting itu, timun sangat baik digunakan sebagai tonik (menjaga kesihatan). Subhanallah, sebelum penelitian pada zaman modern sekarang, Alquran dan Hadits sudah membuktikan khasiat dan manfaatnya.
Jadi, sama-samalah kita mengambil panduan dan jadikan timun sebagai salah satu menu penting dalam hidangan masakan atau makanan yang kita ambil setiap hari.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.