Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku. Hari sabtu datang lagi. Sambil belek-belek pokok bunga, saya pun terfikir nak tambah pokok apa lagi kat laman kecil depan rumah ni. Teringat tanah pun dah habis, pasu putih (almaklum konon nak english style), pun dah tak ada stok. Apa lagi.. salin baju, start kereta ke nursery terdekat dengan rumah, lebih kurang 10 minit je jaraknya.

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Bila kita pergi nursery, jangan bawak duit banyak-banyak. Takut jadi macam saya, ingat nak beli tanah dengan pasu je, tetiba saya bawak balik:

1. Tanah 10 kampit
2. 5 biji pasu
3. 4 biji flower stand
4. Pokok delima
5. 2 jenis pokok pandan kuning
6. Pokok ulam raja
7. Racun serangga

Kesemua tu kos dekat RM280.

Masa saya nak bayar tu, saya pun guraulah duit tak cukup ni, hutang boleh? Seller tu bagi potongan lagi RM20. Hehe.. semoga murah rezeki adik tu.. insha Allah

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Benih cili ni pun saya beli dekat nursery, bulan lepas rasanya. Daun dah besar-besar, tapi saya gunting bagi dia tumbuh tinggi lagi. Ada yang dah keluar bunganya. Seronok tengok.

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Pokok yang paling mudah ditanam. Apa namanya ek? Pokok pandan hiasan juga ke? Saya pakai tanam je sebab abang ipar bagi satu pasu. Saya pindahkan anak-anak dia dah jadi membiak. 

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Antara flower stand yang dibeli tadi. Terus nampak bergaya pokok-pokok tu.. hehe

Beli Pokok Delima Untuk Laman Kecilku

Penat juga saya kerjakan laman kecil depan rumah ni. Ganti pokok ke pasu baru, tambah tanah.. cantas daun pokok yang dah rosak.. dan macam-macam lagi. Tabur baja lagi.. hehe.. habis 1 jam juga berpanas tadi.

Walau apa pun, jika anda suka berkebun pastikan lakukan sesuai dengan kudrat sendiri. Kalau nak angkat pasu yang ada tanah.. berhati-hati. Mintak tolong tenaga orang lelaki yang angkat. Okay!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close