Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Allah Mahu Menunjukkan Amalan Kita

Cara Allah Mahu Menunjukkan Amalan Kita. Setiap orang ada amalan masing-masing samada yang baik atau sebaliknya. Semua di dalam genggaman Allah. Sebab itu apa yang hendak kita lakukan, biarlah berpada-pada kerana semuanya adalah bergantung kepada kekuasaan dan kehendakNya jua.

Cara Allah Mahu Menunjukkan Amalan Kita


Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah ‎ﷺ  bersabda,

لاَ عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تُعْجَبُوا بِأَحَدٍ حَتَّى تَنْظُرُوا بِمَ يُخْتَمُ لَهُ فَإِنَّ الْعَامِلَ يَعْمَلُ زَمَاناً مِنْ عُمْرِهِ أَوْ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ صَالِحٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلاً سَيِّئاً وَإِنَّ الْعَبْدَ لِيَعْمَلُ الْبُرْهَةَ مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ سَيِّئٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ النَّارَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلاً صَالِحاً وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْراً اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ « يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ.
(رواه أحمد)

“Janganlah kamu kagum dengan amalan seseorang sampai kamu melihat amalan akhir hayatnya. Kerana mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan amalan yang soleh, yang seandainya ia mati, maka ia akan masuk syurga. Akan tetapi, ia berubah dan mengamalkan perbuatan buruk.

Mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan suatu amalan buruk, yang seandainya ia mati, maka akan masuk neraka. Akan tetapi, ia berubah dan beramal dengan amalan soleh.

Oleh kerananya, apabila Allah menginginkan satu kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan menunjukinya sebelum ia meninggal.”

Para sahabat bertanya, “Apa maksud menunjuki sebelum meninggal?”

Nabi ‎ﷺ  menjawab, “iaitu memberikan ia taufik untuk beramal soleh dan mati dalam keadaan seperti itu.” 

(HR. Ahmad)

Maka dari itu, takutlah kita akan pengakhiran hidup yang dimahukan.. kerana semuanya akan terbongkar atas keizinan DIA jua.

Pilihlah jalan hidup yang baik kerana insha Allah semuanya akan berakhir dalam kebaikan.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close