Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hidup Biar Ada Adab, Jaga Akhlak

Hidup Biar Ada Adab, Jaga Akhlak. Dalam waktu akhir zaman ni yang paling susah nak di ajar dab diamalkan adalah adab dalam kehidupan seharian. Adab sesama makhluk kat atas muka bumi ni. Itu yang amat sukar nak dilaksanakan. Anak-anak muda terutamanya, mereka sudah biasa bergurau kasar dan rasa hormat kepada orang tua semakin menipis. Apakah sebabnya? Mungkin juga asas didikan di rumah. Atau juga pemakanan? Adakah faktor persekitaran juga menyumbang kepada perkara berkenaan, iaitu kurangnya adab dan akhlak kita? Marilah sama-sama kita renungkan.


Hidup biar ada adab! Jaga akhlak kita walau di mana berada.

Habib Umar al Hafiz menulis, " Orang yang tinggj adab walaupun kekurangan ilmu masih lebih mulia, daripada orang yang banyak ilmu tetapi kekurangan adab."

Jadi, sebagai ibubapa dan orang yang rapat dengan anak-anak sedari kecil, pupuklah adab dan akhlak mereka agar selari dengan kebijaksanaan mereka dalam menuntut ilmu.

Adab dan akhlak akan indah bila kita menyemainya sedari kecil dan dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.

Semoga kita semua diperindahkan akhlak dan jaga adab dan hidup dalam keharmonian.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close