Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Tempe Vs Tauhu

Khasiat Tempe Vs Tauhu. Siapa suka makan kedua-dua makanan ini? Makanan orang jawa kebanyakannya dan saya suka kan kedua-duanya. Anak bongsu saya pula amat sukakan tauhu. Yang penting tauhu goreng. Saya pula suka je tauhu atau tempe, masak apa je pun saya suka. Hehe..

Jom kita lihat apakah khasiat makanan tersebut. Semoga kita semua mendapat manfaat kesihatan dari apa yang kita makan. 

Khasiat Tempe Vs Tauhu

Khasiat Tempe


- mengandungi 193 kalori
- protein 18.54 gm
- kalium 412 mg
- mencegah anemia
- mencegah radikal bebas

Khasiat Tempe Vs Tauhu

Khasiat tempe termasuklah mengawal paras kolesterol, meningkatkan kesihatan tulang, mengurangkan keradangan, melindungi jantung, mengawal tekanan darah, rendah lemak, mengurangkan simptom menepous.

Khasiat Tauhu


- mengandungi 78 kalori
- protein 7.97 gm
- kalium 117.85 mg
- melewatkan menepous
- mengurangkan risiko asteoporosis

Jadi, berapa banyak jumlah yang boleh di makan dalam sehari? Maklumlah.. jika dimakan berlebihan bimbang mendatangkan risiko lain pula? Betul tak? Makan tauhu dapat mencegah kanser, mengatur haid anda dan juga bagus untuk kesihatan jantung.

Satu sajian tauhu seberat 85 gram mengandungi antara empat hingga 14 gram protein (berdasarkan cara ia dimasak) , termasuk semua sembilan asid amino penting. Ia juga sumber vitamin B, asid lemak tidak tepu yang sihat dan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi. Ambil sajian tauhu sehari sesuai dengan aktiviti anda, contohnya ambil 2 keping sehari.

Tauhu dan tempe, menyerap apa pun perasa yang digunakan dan boleh dibakar, digoreng rangup, ditumis atau dimasak dalam sos.

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close