Kurangkan Gula Maka Tubuh Akan Berubah Sihat Dan Awet Muda. Memang terbukti berkesan! Jika anda nak mula diet, buang gula dalam sebulan dua. Bukan tak ambil langsung benda bergula, sebaliknya ganti gula dengan buah-buahan yang mengandungi rasa manis semulajadi. Tetapi awas! Ambil dalam jumlah yang sederhana saja.
Bila kita pandai mengawal jumlah pengambilan gula dalam sehari, maka secara tak langsung kita sedang mendidik diri agar perlahan-perlahan memotong jumlah gula yang di ambil bersesuaian dengan aktiviti harian kita.
Maka, mulakan hari anda dengan air yang pahit-pahit je, NO SUGAR langsung. Minum kopi pahit atau teh pahit. Lama-lama okay je. Tak pengsan pun tak dapat gula sehari. Kan..
Apabila kamu mengurangkan gula yang diambil sehari-hari, kamu akan mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas. Selain itu,
1. Kamu akan lebih mudah menurunkan berat badan
2. Boleh mengurangkan perut buncit
3. Lebih awet muda
4. Mampu mengawal mood dan lebih rileks
5. Terhindar dari risiko kencing manis
6. Memiliki sistem imun ebih kuat
Dengan itu, sayangi diri anda dengan memotong pengambilan gula yang berlebihan setiap hari. Paksa diri untuk minum air kosong iaitu teh 'O', kopi 'O' dan semua yang tak ada gula.
Mari kita amalkan gaya hidup sihat dan kurangkan gula. Minum air manis satu hari dalam seminggu.
Semoga kita konsisten dan teguh berubah demi kesihatan tubuh badan kita.
Semoga berjaya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.