Selalulah Istighfar Walau Apa Keadaanmu. Kenapa kita kena selalu istighfar? Kerana dosa kita terlalu banyak. Hari-hari buat dosa. Terkadang dalam kita tidur pun, dosa kita sedang dicatat oleh Malaikat. Jadi, istighfar dapat mengurangi dosa sehingga apabila banyaknya istighfar yang diucapkan, dosa-dosa kita boleh terampun. MashaAllah.
Kenapa Perlu Perbanyak Istighfar?
Al Hasan Al Bashri Rhm berkata,
"Perbanyakkanlah beristighfar kerana kalian tidak mengetahui bila turunnya rahmat."
Rahmat Allah amat luas, boleh sesiapa sahaja mendapat rahmatNya pada setiap waktu. Hanya Allah SWT yang tahu bila dia akan menurunkan rahmatnya dan kepada siapa pula ia diberikan.
Sebab itu, jika ada kelapangan, kesempatan yang sedikit, rebutlah ruang waktu untuk beristighfar. Samada nak baca 10 kali, 100 kali atau 1000 kali sekalipun, ia tidak merugikan kita.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga kita semua tidak alpa dengan peluang yang diberikan. Semuanya belum terlambat. Dan tiada istilah lewat untuk bertaubat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.