Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tunggulah Jalan Keluar Dari Allah

Tunggulah Jalan Keluar Dari Allah. Siapa di antara kita yang tak terlepas dari ujian dan musibah. Ada yang stress, derita dan hampir gila menghadapi musibah. Tetapi ada juga yang kelihatan tenang apabila berdepan ujian hidup. Setiap masalah ada penyelesaiannya. 

Allah telah berjanji bahawa ujian hanya diturunkan kepada kita mengikut kadar kemampuan kita. Dia uji kita itu sebab kita mampu.

Tunggulah Jawapan Dari Allah

Tunggulah jalan keluar dari Allah.

Said bin Abdul Aziz Rahimahullah berkata;

Apabila engkau menghadapi suatu masalah yang engkau tak sanggup untuk mengubahnya, maka bersabarlah. Tunggulah jalan keluar dari Allah.

Allah Taala berfirman yang maksudnya,

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar." - surah al Thalaq : 2.

Jadi, jika telah berusaha dengan kemampuan kita pun masalah tidak selesai, maka jangan risau atau berprasangka beranggapan bahawa Allah tak sayang kita. Ambillah peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah, dan tunggu bantuannya dari sudut yang tidak disangka-sangka.

Insya Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close