Doa Untuk Kecantikan Wajah Dan Akhlak. Akhlak yang baik itu lebih bagus dari ilmu yang tinggi. Seharusnya kedua-dua sifat dan sikap itu saling beriringan di mana memiliki akhlak yang terpuji dan ilmu yang tinggi. Jika pandai macam mana pun, ia sekadar tambahan kepada diri kita. Tapi jika tiada akhlak (adab) yang baik, engkau belum tentu dapat menjaga hati orang lain. Ada orang yang tinggi ilmunya tetapi sering menghina, menipu, bongkak.. itu satu kerugian pada dirinya. Adab dan akhlak boleh dipupuk dari kecil lagi oleh ibu bapa yang tinggi akhlaknya.
Doa Untuk Kecantikan Wajah Dan Akhlak
Allahumma kama hassanta khalki fahassin khuluki
Maksudnya;
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku. - HR Ahmad dan Ibnu Hibban)
Cara amalan:
Baca setiap kali melihat wajah di cermin
Semoga kita semua menjadi peribadi yang baik akhlaknya disamping tidak ketinggalan menjaga kemanisan wajah dan kebersihannya.
Insha Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.