Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jangan Terlalu Mencintai Dan Membenci Orang Lain

Jangan Terlalu Mencintai Dan Membenci Orang Lain. Buat sesuatu kena berpada-pada. Mengasihi atau membenci sekadarnya. Kita tidak tahu apa akan berlaku di masa depan. 

Jangan Terlalu Mencintai Dan Membenci Orang Lain

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

عَÙ†ْ Ø£َبِÙŠ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ Ù‚َالَ Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ø£َØ­ْبِبْ Ø­َبِيبَÙƒَ Ù‡َÙˆْÙ†ًا Ù…َا عَسَÙ‰ Ø£َÙ†ْ ÙŠَÙƒُونَ بَغِيضَÙƒَ ÙŠَÙˆْÙ…ًا Ù…َا ÙˆَØ£َبْغِضْ بَغِيضَÙƒَ Ù‡َÙˆْÙ†ًا Ù…َا عَسَÙ‰ Ø£َÙ†ْ ÙŠَÙƒُونَ Ø­َبِيبَÙƒَ ÙŠَÙˆْÙ…ًا Ù…َا

Maksudnya:

"Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai.” (Sunan Tirmidzi No: 1997) Status: Hadis Sahih  

Pengajaran:

1.  Sifat cinta dan kasih adalah fitrah manusia namun biarlah berpada. Contohnya mencintai pasangan juga ahli keluarga yang berlebihan sehingga jika berlaku kematian, atau orang yang disayangi meninggalkannya, impak kesedihan amat mendalam yang boleh membawa kecelakaan padanya.

2.  Maka cintailah saudaramu sewajarnya dengan memberikan hak-haknya tanpa berlebihan dan tanpa meremehkan haknya.

3.  Hasan Bashri RA berkata, “Hendaknya kalian mencintai jangan berlebihan dan membenci tidak berlebihan. Telah ada orang-orang yang berlebihan dalam mencintai satu kaum akhirnya binasa. Ada pula yang berlebihan dalam membenci satu kaum dan mereka pun binasa.”

4.  Jika seseorang berlebihan dalam membenci lawannya, mungkin suatu masa nanti hubungan mereka menjadi baik maka mereka akan malu untuk menjadi sahabat dan kawan kerana merasa malu disebabkan berlebihan dalam membencinya sebelum ini. Kebencian berlebihan juga boleh membinasakan.

Ingatlah firman Allah SWT: 

ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ   ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ  ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ Ù„َا تَعْÙ„َÙ…ُونَ

Maksudnya: “Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu sedangkan itu adalah keburukan bagi kamu. Allah itu lebih mengetahui dan kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 216)

5.  Awasilah sifat benci yang boleh mendorong kita berlaku zalim kepada orang lain juga menjadi penyebab kita tidak berlaku adil terhadap mereka.

Firman Allah surah al-Maidah ayat 8:

ÙŠَٰØ£َÙŠُّÙ‡َا ٱلَّØ°ِينَ Ø¡َامَÙ†ُواْ Ùƒُونُواْ Ù‚َÙˆَّÙ…ِينَ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ø´ُÙ‡َدَآØ¡َ بِٱلۡÙ‚ِسۡØ·ِۖ ÙˆَÙ„َا ÙŠَجۡرِÙ…َÙ†َّÙƒُÙ…ۡ Ø´َÙ†َ‍انُ Ù‚َÙˆۡÙ…ٍ عَÙ„َÙ‰ٰٓ Ø£َÙ„َّا تَعۡدِÙ„ُواْۚ ٱعۡدِÙ„ُواْ Ù‡ُÙˆَ Ø£َÙ‚ۡرَبُ Ù„ِلتَّÙ‚ۡÙˆَÙ‰ٰۖ ÙˆَٱتَّÙ‚ُواْ ٱللَّÙ‡َۚ Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ Ø®َبِيرُۢ بِÙ…َا تَعۡÙ…َÙ„ُونَ Ù¨  

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Berpadalah dalam mengasihi dan membenci seseorang.  Semoga bermanfaat. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close