Nak Turun 2Kg Seminggu? Boleh percaya ke nak turum 2kg seminggu? Berjaya ke? Boleh je jika ada displin dan semangat yang tinggi. Semangat tersebut hendaklah konsisten dan bukannya hangat-hangat tahi ayam.. hehe. Apabila keazaman dah ada, kita kenalah realisasikannya. Sayanglah jika ia terbuang begitu sahaja. Mulakan sekarang dan usah bertangguh. Yang penting sekali adalah perhatikan apa yang anda makan. Kerana, itu yang akan menunjukkan perubahan tubuh kita dalam masa seminggu, 2 minggu dan seterusnya. Ayuh mulakan sekarang!!
Nak Turun 2Kg Seminggu?
Memang ada tips dan caranya, iaitu:
1. Kurangkan gula, garam dan tepung
2. Kurangkan nasi dan lebihkan minum air putih 3-4 liter sehari
3. Kurangkan makanan berminyak
4. Tidur cukup, displin masuk tidur pukul 10.00 malam
5. Ganti snack dengan buah
6. Cukupkan fiber / serat
Apabila anda nak mulakan diet sihat secara berdisplin, mulakan dengan tukar barang-barang dapur anda. Sementara waktu, jangan beli tepung, jangan beli susu manis, halang diri dari beli air bergas, tahan diri dari beli jajan atau makanan ringan.
Gantikan barang kering dan barang basah dengan sayuran, buah-buahan, telur, ikan dan makanan yang tidak diproses.
Jika telah dapat berat idaman anda, bolehlah makan nasi, roti, kuih muih dan sebagainya tetapi dalam kadar yang berpatutan.
Untuk mengimbangi tubuh anda yang semakin menyusut, lakukanlah senaman ringan di rumah seperti berjalan kaki atau lompat bintang.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.