Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Lama saya tak kongsi sarapan pagi kerana tengah tempoh berdiet, jadi menu sarapan pagi sama je seperti telur rebus, oat, susu dan roti wheatmeal. Hehe.. tapi hari ni sempat buat nasi lemak ayam goreng berempah atas permintaan En suami. Kita buat kan jugak, jamah sikit je sebab masih belum mencapai target diet saya. 

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah


Nasi lemak memang makanan kegemaran rakyat Malaysia. Dah viral seluruh dunia pun.. 
Jadi, semua orang pandai buat nasi lemak, bezanya samada sambal dia sedap atau tidak je.. hehe

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah agak leceh jugak nak buat, tapi bila dah siap sangat sedap rasanya. Siapkan semua bahan dan blender. Banyakkan serai, halia, 3 biji bawang putih, 1 biji bawang merah besar, sikit ketumbar dan jintan manis, kunyit.. blend semua tu. Kemudian toskan, buang air tu. Gaul rata dengan ayam sambil letak garam, serbuk kari, tepung jagung dan sebiji telur. Dah siap gaul, perap dengan daun kari lebih kurang 1 jam. Lepas tu goreng dan tabur lagi daun kari. Dah kuning perang, nampak rangup boleh angkat. Siap ayam goreng berempah.

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Sambal tumisnya saya letak telur rebus, bagi pilihan pada En suami nak makan yang mana dulu. Hehe..

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Oleh kerana nasi lemak ala kadar nama dia, kita makan tanpa timun. Saya letak sayur ulam raja sebagai pilihan. Sedap jugak.. tak de kacang tanah dan ikan bilis goreng sebab kami tak makan pun.. 

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Semoga korang sempat ambil sarapan pagi walau apa bentuknya samada yang sedang diet atau sebaliknya. Sarapan kena ambil ya, kerana kita nak memulakan aktiviti pagi tak bolehlah dengan perut kosong.

Okay, selamat berehat di hari minggu!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close