Sayur Yang Sesuai Untuk Diet Kurus. Bagi anda yang suka makan sayur ketika proses berdiet untuk kuruskan badan, ada beberapa jensi sayuran yang boleh diambil agar bertepatan dengan usaha anda itu. Sayuran hijau memang sedap dan mudah disediakan, dan harganya pun berpatutan.
Selain makan sayuran hijau ketika proses menurunkan berat badan, anda juga harus mengamalkan senaman ringan seperti berjalan kaki, berjogging atau mengunjungi gym untuk aneka bentuk latihan kecergasan yang sesuai. Semoga impian dan cita-cita anda nak kurus dan sihat akan tercapai.
Senarai sayur yang sesuai untuk fatloss/ turun berat badan ada disenaraikan di bawah. Semak kandungan kalorinya dalam 100gm hidangan :
1. Pak Choy - 13 kalori
2. Timun - 15 kalori
3. Bayam - 23 kalori
4. Lettuce - 14 kalori
5. Kobis brussel - 42 kalori
6. Kobis - 24 kalori
7. Brokoli - 34 kalori
8. Kacang buncis - 31 kalori
Oleh kerana hidangan sayur hijau di atas semuanya mudah di masak dan sedap, maka tiada alasan untuk kita tidak mahu mengambilnya dalam masakan kita.
Hidangan yang amat sesuai dengan sayuran hijau tersebut adalah dengan cara memasaknya dalam bentuk sup atau rebus sahaja.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
NIce sharing =D
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.