Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Segala Sesuatu Itu Akan Pergi Dan Tak Kembali

Segala Sesuatu Itu Akan Pergi Dan Tak Kembali. Kecuali DOA. Mana ada sesuatu makhluk di atas muka bumi ini akan kekal selamanya. Jika dia dah tiada, bermakna dia dah pergi. Dan takkan kembali lagi. Maka, lepaskan bebanan perasaanmu, walau apa bentuk kehilangan yang kamu alami.

Yang pergi akan berganti kerana itulah lumrah alam. Tetapi biasanya yang datang lagi takkan pernah sama dengan yang dahulu. Yang lalu tersimpan rapj sebagai memori, yang dikenang-kenang walau masa silih berganti. Walau ada yang pahit, manis.. tetap ia terpahat dalam ingatan.

Segala Sesuatu Itu Akan Pergi Dan Tak Kembali

Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Ya benar sekali!

Tiada doa yang tidak dikabulkan oleh yang Maha Pemberi. Samada sekarang, akan datang atau waktu sesudah itu. Ia tetap datang kembali sebagai kurnia. Ketika itu, barulah kita tahu manisnya redha yang DIA nak tunjukkan.

Doa indah yang dilayangkan, tanpa sangka ia terjelma depan mata. Doa keriangan yang dipohonkan, tanpa disangka ia menjadi sebahagian teman perjalanan mu di kedepan hari. Bukankah itu hadiah terbaik kepada sabarmu?

Maka, jangan terlalu ditangisi yang telah pergi. Kamu ada ruang DOA tempatmu meminta apa saja. Kerana DIA Maha Tahu bila waktunya akan dikurniakan ganti terbaik mengikut apa yang kamu perlu.
 
Semoga kita baik-baik saja ya..

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close