Kenapa Perlu Makan Buah Setiap Hari? Makan lah buah dan sayur setiap hari. Ini penting bagi mengimbangi khasiat makanan yang kita ambil berbanding kalori, lemak, protein dan sebagainya. Mulakan memberi anak-anak makan buah setiap hari sejak dari mereka kecil lagi iaitu dengan cara mengisarkan ia menjadi jus buah. Rugi besar jika anak-anak membesar tidak makan buah. Buah-buahan adalah snek terbaik bagi menggantikan junk food kepada anak-anak.
Kenapa Makan Buah Setiap Hari
Kita kena makan buah setiap hari adalah supaya dapat membantu kita mendapatkan gizi yang seimbang dalam menu pemakanan kita setiap hari. Tentulah apa yang kita ambil dari nasi, ikan atau ayam belum cukup untuk mengimbangi lain-lain zat tambahan yang boleh didapati dari buah-buahan.
1. Strawberry - mencegah penuaaan
2. Pisang - membekalkan tenaga
3. Tembikai - membantu penurunan berat badan
4. Nenas - mengurangi sakit radang sendi
5. Limau - menjaga kesihatan kulit dan mata
Dengan itu, kita kena bijak memilih buah apa yang sesuai diambil setiap hari kerana ia dapat membantu keaihatan tubuh secara semulajadi.
Untuk bekalan fiber contohnya, kita boleh ambil buah jambu batu. Ia ternyata amat berkesan untuk sistem pencernaan anda.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.