Limau Mandarin Buah Kegemaranku. Selain durian Musang King, saya juga penggemar buah limau mandarin. Selain rasanya yang sedap masam manis, limau mandarin juga banyak khasiatnya. Yang paling popular adalah khasiat vitamin C nya.
Vitamin C antara fungsinya adalah mencantikkan kulit, merawat atau menghindari selsema, dan penghadaman.
Cara saya makan buah limau mandarin adalah dengan memotong beberapa bilah dengan kulitnya sekali. Mudah nak makan terutama bila tangan masih ada sisa nasi , iaitu bila buah oren ni di makan sebagai dessert.
Isinya yang halus, juicy dan manis dapat dimakan pada bila-bila masa saja samada ketika musim panas atau sebaliknya. Warnanya yang kuning oren amat menarik dan boleh jadi penarik selera anak-anak. Sebab tu anak-anak bujang saya amat berminat dengan buah oren atau limau mandarin.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.