Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mereka Mengingkari Kebaikan Suami

Usah mengungkit sesuatu pemberian. Jangan ingkar dan mengungkit pemberian dan kebaikan suami. Kerana, di dalam neraka nanti kebanyakan penghuninya adalah wanita. Mengapa? Kerana mereka tidak bersyukur dengan pemberian suami walaupun sedikit, malahan mereka mengungkit pula sesudah itu. Benar, wanita kaum yang banyak emosi, mudah bertindak sesuka hati dan kurang sabar. Kita ambil pengajarannya.. iaitu kita buat apa yang Allah suka. Biarlah jika bemar si suami tidak menjalankan tanggungjawabnya, nanti ada pembalasan dari Allah yang sesuai dengan tindakannya itu.

Usah Mengungkit Pemberian Suami

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ (HR. Bukhari: 28)

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah, dari Malik, dari Zaid bin Aslam, dari 'Atha' bin Yasar dari Ibnu 'Abbas, ia berkata: Nabi ﷺ bersabda: "Aku pernah diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah para wanita, kerana mereka sering berbuat kufur."

Beliau ditanya: "Apakah mereka berbuat kufur kepada Allah?"

Beliau menjawab: "Mereka mengingkari pemberian dan kebaikan (suami).

Bilamana engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa, sementara ia hanya melihat satu kesalahan saja darimu, ia akan mengatakan: "Aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu". - (HR: Bukhari: 28) Status: Hadis Sahih

Maka, janganlah kita sebagai wanita iaitu isteri mengungkit pemberian suami dan langsung tidak menghargai usaha dan pengorbanan mereka.  Walau dalam keadaan bergaduh, bermasam muka, jangan sampai mengeluarkan kata-kata yang kesat. 

Jika akhirnya tiada jodoh, lepaskan sahaja dan simpan aib masing-masing. Insha Allah, Allah akan menutupi aib kita sepanjang masa.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close