Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perbanyakkanlah Taubat!!

Perbanyakkanlah Taubat. Kerana yang namanya mati tidak menunggu kita telah bertaubat baru ajal menjelma. Mati adalah pasti, hidup insha Allah. Itulah janji Allah dalam al Quran. Taubat tidak susah, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Jika hati kita masih keras dan ego untuk bertaubat, bermohonlah agar Allah SWT melimpahkan taufik dan hidayahNya kepada kita. 


PERBANYAKKANLAH KAMU BERTAUBAT


Firman Allah SWT :

Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ ÛŒُØ­ِبُّ ٱلتَّÙˆَّ ٰ⁠بِینَ ÙˆَÛŒُØ­ِبُّ ٱلۡÙ…ُتَØ·َÙ‡ِّرِینَ

[Surah Al-Baqarah: 222]

Terjemahan:


"SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri."

Orang yang bijak adalah mereka yang sentiasa bertaubat. Allah suka akan hambaNya yang gemar bertaubat. Dan cara bertaubat amatlah mudah, samada dengan melakukan solat sunat taubat atau selalu mengucapkan, "Astagfirullah..". 

Bila telah bertaubat, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Kesilapan dan dosa lalu jangan diulang-ulang. Ikhtiar untuk mencari kawan dan persekitaran baru. Menambah ilmu dengan menghadiri kelas-kelas agama, berguru semula dengan mereka yang arif untuk mencambahkan kefahaman kita terhadap agama. 

Maka dengan itu, bila terfikir nak bertaubat, jangan tangguh atau berdalih. Teruslah buat serta merta. 

Semoga kita semua termasuk dalam golongan hambaNya yang dikasihi di dunia hingga ke syurga.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close