Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai. Pagi sabtu selepas hujan, bau rumput memang sedap. Bau nature. Lepas tu tengok pokok-pokok yang saya tanam di luar pagar, memang nampak segar dan ada yang berbunga.

So, pada pagi sabtu yang hening dan sunyi.. saya memanjakan pohon-pohon yang sedang berkembang dan subur menghijau. Tabur baja, sembur dengan racun serangga dan cantas dahan dan dann yang sudah layu terkulai.

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai

Pokok sepit udang yang baru seminggu dibeli. Dah macam berbulan di tanam di situ. Rupanya memang mudah nak tanam dan menjaganya. Sekejapan je dah tumbuh tunas baru.

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai

Pokok bunga butang saya sedang berbunga lebat dan cantik berwarna ungu. Pokok bunga butang pun mudah dijaga, campak kat mana-mana pun hidup.

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai

Pokok limau kasturi sedang berputik lebat. Kalau jadi buahnya dan tidak gugur ke bumi, ada lebih 50 biji buahnya. Walau pokoknya kecil rimbun, putik buahnya begitu lebat. Alhamdulillah..

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai

Berkebun Di Pagi Sabtu Yang Damai

Tiga gambar di atas adalah pokok-pokok bunga yang saya tanam dalam kawasan berbumbung. Jadi juga dan tumbuh subur pokok-pokok tersebut. Ada pokok kelapa palma, pokok jurai hijau, pokok kaktus, pokok kari dan lainnya.

Cuma, bila menanam pokok dalam kawasan berbumbung, kena cari pokok bunga yang sesuai. Jika tidak, ia akan cepat kering dan mati. Pokok yang sesuai di tanam di bawah kawasan berbunbung termasuklah pokok kaktus, jurai hijau dan pokok keladi. 

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close