Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender. Saya peminat pancake dan tak pernah jemu memakannya. Selain mudah dibuat, pancake juga sering menggamit memori ketika kecil dulu di mana bonda saya sering memasaknya kerana disukai oleh anak-anak. Sekarang ni lagi mudah nak buat pancake, hanya dengan blender pun boleh.
Resipi Pancake Confirm Jadi Guna Blender
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu baking powder
1 cawan susu segar
3 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
2 sudu butter
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan pukul sebati. Paling mudah masukkan dalam blender je.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan tadi ke dalam kuali non-stick dan biar sampai dia berlubang-lubang sepenuhnya dan balikkan. Siap!
Boleh dapat dalam 6-7 keping pancake.
Kredit: Khairul Abdullah
Selamat mencuba!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.