Jadual Harian Diet IF 16 : 8 Untuk Newbie. Kita share lagi jadual diet harian Intermittent Fasting (IF) untuk newbies. Tak kira berapa pun usia anda, ia bukan penghalang untuk berdiet demi kesihatan tubuh yang terbaik. IF adalah proses membiasakan tubuh untuk berpuasa dalam tempoh jangkamasa tertentu. Ada yang buat IF 18 : 6, 20 : 4 pun ada. Jangan bermula dengan sesuatu yang drastik, tubuh kita akan 'terkejut' dengan tindakan sebegitu. Mulakan step by step. Okay !!
Jadual Harian Diet IF 16 : 8 Untuk Newbie
IF 16 : 8 bermaksud, kita berpuasa selama 16 jam dan makan mengikut sukatan tertentu dalam tempoh 8 jam tersebut. Jadualnya di bawah:-
8:00 pagi - MINUM. Air putih/ kopi/ teh hijau - semua tanpa gula.
12:00 tengahari - MAKAN SIANG, Nasi 1/2 bahagian, ikan sayur
3:00 petang - SNACK TIME, buah-buahan segar
7:00 malam - MAKAN MALAM. Makanan tinggi protein dan serat. Rendah kalori
8:00 malam - MULAI PUASA! Air putih, teh herba, tidur cukup.
Ini adalah jadual IF bagi newbies. Tak perlu tergesa-gesa. Nikmati lah putarannya dan jangan stress. Santai-santai melalui proses diet IF anda.
Segalanya memerlukan proses. Nak kurus ada prosesnya. Nak gemuk pun begitu juga. Jadi, pegang niat anda betul-betul.
Kita nak sihat kerana tidak mahu menyusahkan orang lain bila usia menginjak senja.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.