Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kelebihan Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu

Kelebihan Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu. Saya suka minum air kelapa, terutamanya kelapa muda kerana di dalamnya ada isi kelapa yang lembut. Bila kita minum air kelapa bersama isinya yang putih tu, terasa sedap dan segar dia lain macam. Kemudian dibancuh dengan limau kasturi. Memang ngam betul! Minum ketika panas terik. Memang lega!

Adakah anda tahu air kelapa ni banyak khasiatnya? Kebiasaan bila anak panas badan, kita bagi minum air kelapa. Tujuannya adalah untuk meredakan panasnya. Ada banyak lagi sebenarnya kebaikan air dari buah kelapa ini. Baca sampai habis penerangannya di bawah.

Kelebihan Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu

Kelebihan Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu


1. Menyejukkan badan, membantu mengawal suhu badan
2. Bagi badan lebih rasa hydtate - no sugar!
3. Bawa oksigen ke cell
4. Meningkatkan metabolisma badan
5. Membantu menurunkan berat badan kerana ia rendah kalori
6. Mengawal diabetes/ kadar gula
7. Bagus untuk buah pinggang
8  Membantu nenurunkan kolesterol
9. Membantu mengawal tekanan darah tinggi


Air kelapa adalah minuman yang dikatakan sebagai penyejuk badan ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral penting seperti vitamin B, vitamin C, kalsium, magnesium serta merupakan salah satu sumber potassium yang baik.

Kelebihan Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu

Untuk mereka yang ada masalah susah buang air besar, dehydration, pedih ulu hati, masalah penghadaman, dan minuman buang toksin paling baik menurut Islam (isi nipis) adalah dengan minum air kelapa. Ia juga elok semasa bulan puasa kerana dapat membantu hidrasi setelah seharian berpuasa kerana tubub kekurangan air.

Air kelapa juga mudah didapati dan murah menjadikan ia antara minuman kesukaan ramai. Jangan ditambah gula pada air kelapa kerana ia tidak bagus untuk kesihatan. Rasa manis aslinya sahaja sudah cukup dan sesuai dengan keperluan gula dalam tubuh kita.

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close