Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi. Hai korang, durian dah gugur! Bestnya bila tiba musim durian, dapat makan durian sedap-sedap dan banyak pilihan. Sari durian kampung sampai ke Musang King semua ada. Dan biasanya saya akan rasa semua jenis durian yang ada dijual di sekitar tempat tinggal saya. Oleh kerana baru je seminggu lebih durian dari raub Pahang turun JB, maka baru sekarang masanya saya sempat order/ beli durian.

Buat masa ni saya lebih suka beli durian kotak, lebih fresh dan terjamin isi nya semua bagus. Tak lah tertipu bila lihat kulit durian nampak elok tetapi bila sampai rumah isi dia cuma seulas dua.. hehe..

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi

Kali ni saya rasmikan dulu Musang King raub dengan udang merah. Alhandulillah, memang sedap dan lemak manis dan pahit-pahit nipis. Memang saya suka musang king dan antara buah durian paling sedap rasanya. 

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi

Walaupun ianya durian dalam box, ia tetap segar kerana seller akan masukkan dalam boc bila ada order sahaja. Ia tidak disimpan dalam freeze semalaman tau. Yang itu memang dah tak fresh la..

Bila nak beli durian yang dah siap dikopek kulitnya, kita kena pandai mencari seller yang jujur. Sudah bertahun saya berurusan dengan penjual durian tersebut, memang sangat berpuashati.

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi

Untuk 2 box durian Musang King dan udang merah, setiap box 1 kg.. saya dapat harga RM299 belum termasuk caj delivery. Syukur alhamdulillah.. tak perlu nak pilih-pilih, kemudian fikir nak bukak durian tu pulak. Akhir sekali pening dengan bau kulit durian satu rumah walau dah letak kat tepi tong sampah. Hehe..

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi

Oh Musang King! Musim Durian Datang Lagi

Jika korang ada rezeki lebih, bolehlah pilih cara saya makan durian yang dibeli dalam box. Maksudnya beli isi durian je.

Cuma risikonya adalah harga yang agak tinggi dan jika terdapat penjual yang tidak jujur, kita akan dapat durian yang telah disimpan semalaman dan menjadikan rasanya agak masam dan tidak kagi segar.

Pilihan terletak di tangan korang, jika suka nak pegang, pilih, belek-belek buah durian untuk merasai suasananya, anda tidak sesuai beli durian dalam box macam saya. Hehe..

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close