Pajeri Kedondong Pembuka Selera. Pernah makan pajeri nenas? Mesti dah biasa, kan? Kali ni saya nak bagi idea untuk korang cuba pula masak pajeri kedondong. Buah kedondong kan rasanya masam.. bila dibuat pajeri lagi lah sedap!!
Hidangan makan malam kami simple je, bila seharian bekerja kadang-kadang selera makan pun tak ada. Jadi, dengan pajeri kedondong ni makan dengan siakap goreng kunyit pun dah jalan. Sampai tak sedar boleh habis 2 pinggan nasi. Haha!!
Nak resepinya?? Boleb je, kredit Aziekitchen
Resepi Pajeri Kedondong
20 biji buah kedondong - celur separuh lembut
9 biji terung kecil
2 paket kecil rempah kari daging
1 sudu besar kerisik
1/2 kg santan segar
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Serbuk perasa
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Segenggam udang kering - kali ini guna ikan bilis
Cara cara penyediaan:
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
3. Akhir sekali, masukkan buah kedondong dan terung serta sedikit air sehingga agak agak buah kedondong dan terung tenggelam sahaja.
4. Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Nota:
Kalau tak nak letak terung pun tak apa. Terpulang pada cara masing-masing.
Kalau nak lagi sedap dan rasa pajeri meresap betul dalam buah kedondong tu, korang boleh jerukkan dulu buahnya. Dalam 2-3 hari, dah boleh masak pajeri kedondong.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.