Sarapan Jemput-Jemput (Cucur) Bawang Adabi. Siapa suka makan cucur bawang? Mestilah suka. Terutamanya untuk sarapan pagi. Makan dengan secawan kopi dan waktu hujan-hujan gitu.. haha. So, kali ni saya share bagaimana saya menjimatkan masa buat cucur bawang dengan produk Adabi. Kali ni saya cuba cucur bawang Adabi. Ringkas, jimat masa dan sedap.
Jemput-jemput atau juga dipanggil cucur ni adalah ramuan bawang, yang dipanggil cucur bawang Adabi. Ni adalah cucur segera tepung adabi.
Kalau suka garing, goreng sampai warna hitam keperangan. Sedap dan mudah tau!
Memang amat mudah nak buat. Hanya bancuh sebungkus tepung cucur bawang Adabi dengan 225 ml air. Kacau rata dan goreng dengan minyak terendam.
Yang korang nampak bintik-bintik tu adalah bawang merah yang dikisar halus. Rasanya ada sedikit pedas, tapi kalau nak potong kan cili hidup pun boleh. Nak campur daun sup pun boleh.
Selamat mencuba!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.