Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Tinggal 2024!

Selamat Tinggal 2024! Terpaksa melupakan kerana keadaan tidak mengizinkan untuk membawamu bersama. Tahun 2024 sudah tak akan sama dengan tahun yang baru. Diri ini juga tidak boleh tersekat di situ sahaja. Sebuah kehidupan perlukan HIJRAH. Semoga kita semua berhijrahlah demi sebuah hidup yang baik, sebagaimana kita mengharap ALLAH memberikan kita yang baik-baik saja. Sudah tentu DIA Maha Baik. Subhanallah.

Selamat Tinggal 2024!

Selamat Tinggal 2024!


Tiada sesalan!
Tiada lagi tangisan semalam.
Tiada lagi dendam
Tiada lagi kekecewaan..

Semuanya telah ditinggalkan di belakang.

Yang di bawa ke depan, biarlah yang baik-baik sahaja. Biarlah suasana positif, keadaan tenang, jiwa damai, hati jernih..

Biarlah yang di bawa ke depan nanti, keluarga yang masih saling menyayangi, dalam keadaan sakinah, mawaddah, warahmah!

Dan harapannya nanti, DIA takdirkan diri ini dengan perjalanan yang mudah, indah dan rakan taulan yang pengasih, jujur dan saling menjaga antara satu sama lain.

Ya Allah, diri ini amat berharap padaMu. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close