Azam Tahun Baru 2025, Masih Relevan? Hai korang!! Selamat tahun baru 2025. Walau agak terlewat entry ini diterbitkan, saya tetap nak buat jugak. Sebab apa terlewat? Sebab awal tahun hari tu amat busy, fizikal dan mental. Antaranya awal tahun kan budak2 SPM mula exam BM, dan salah satunya adalah anak bongsu saya tu. Maka kita sibuk sikit fokus kat dia, jaga jadual dia, risaukan emosi dia.. walau dia duduk jauh kat MRSM tu.. tapi kita sebagai ibu kenalah buat apa yang perlu, kan?
Oh ya.. apa azam tahun baru korang? Agak-agak masih relevan ke jika kita tulis azam tahun baru, setiap tahun pulak tu? Hehe..
Azam Tahun Baru 2025, Masih Relevan?
Okay je kalau korang nak tulis azam tahun baru tu.
Azam saya simple je..
1. Nak settle hutang kad kredit
2. Stop beli handbag (ini memang kegilaan saya!!)
3. Nak turunkan berat badan lagi, dapat turun 10kg pun okay.. tahun lepas dapat stop kan gula, diet no sugar. Berjaya alhamdulillah.
4. Nak buat simpanan cash RM24K!
Itulah secara kasarnya azam-azam saya di tahun 2025.
Azam ni saya jadikan tanda aras apa yang saya perlu capai setiap hari, minggu dan bulan. Maksudnya, saya cuba mendidik diri untuk menghentikan sesetengah tabiat yang tidak baik dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih penting dan lagi besar manfaatnya di masa depan.
Okay, itu je.
Semoga kita semua mampu merealisasikan segala azam tahun baru 2025 itu dengan jayanya.
Jadilah peribadi yang lebih baik dari sehari ke sehari.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.