Jalan Jalan Cari Makan Masakan Kampung. Petang Ahad yang lepas kita orang sempat la jalan-jalan cari makan. Bukanlah dinner, cuma makan lewat petang. Lepas asar kita orang keluar rumah dan merayau sampai ke Gelang Patah. Maka, singgah makan di Periuk Kampung. Hmm... hujan renyai turun semasa kami tiba di restoran tersebut. Orang tak berapa ramai dan parking pun senang.
Deko dalam restoran. Cantik menarik dan suasana tenang je. Kerusi meja agak berjarak, so korang lebih privacy nak berborak. Hehe..
Kami mula order pada pukul 6.00 petang dan surprisingly, makan sampai ke meja dalam 20 minit gitu. Cepat kan? Sebab.. kami ada baca beberapa review yang makanan depa sampai lepas 1 jam 40 minit! Mungkin timing kami yang tepat sebab tak berapa ramai orang.
Kami order apa? Jom tengok gambar di bawah..
Gambar atas - set Dahlia. Dalam dulang macam mak kita punya.. ada telur mata, keropok, ulam dan sambal belacan, terung berlada, daging salai masak lemak cili api dan asam pedas ikan merah. Nasi putih 2 set. Ada desset jugak tau..
Gambar atas - set Melur. Beza dulang ni adalah main dishnya berupa asam pedas tetel dan patin tempoyak. My son yang first time makan ikan patin pun dah jatuh cinta dengan masakan tersebut. Hehe.
Kami memilih air buah dan juga teh ais. Semua pesanan tersebut sanpai ke meja makan kami dalam waktu yang agak singkat. Tidaklah lama menunggunya. Maka, tulisan review di dalam FB/ TT dan sebagainya ada yang betul dan ada juga yang tidak tepat.
Jadi, jika korang nak pergi makan di Periuk Kampung, boleh lah pergi pada waktu-waktu tertentu, yang dijangka tidak ramai orang seperti pukul 5 - 6 petang, dan bukan hari minggu. Elakkan juga berpusu-pusu pada cuti umum. Tentulah ramai orang.
Kalau itu je kesempatan masa yang kita ada, maka bersedialah dengan masalah sampingan seperti hidangan lambat sampai, tiada parking dan lain-lainnya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.