Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku! Teringat pisang tanduk maka terfikir nak makan kerepek pisang pulak. Nak dekat puasa dan raya, dah ramai orang start ambil order sampailah hujung ramadan nanti. Tempahan kerepek pisang akan ditutup. Saya pulak order sekarang bukan untuk raya tetapi untuk cemilan semasa menonton TV. Beli 2 bungkus sekejap je dah habis.
Sedapnya kerepek pisang tanduk terutamanya yang jenis nipis dan rasa masinnya sesedap rasa. Kemudian makan pulak yang baru lepas goreng. Memang fresh la..
Oh ya, kerepek pisang tanduk ni saya beli pada harga RM18 untuk bungkusan 500 gram. Beli dua bungkus dan sekali hadap makan anak beranak cepat je habisnya..hehe
Nak buat kerepek pisang tanduk senang je. Beli pisang tanduk yang dah tua tetapi belum masak. Orang kata pisang tanduk merah lagi sedap dan lemak bila di buat kerepek.
Kupas kulitnya, terus sagat di atas minyak yang panas menyala. Goreng dalam minyak terendam tau..
Kemudian renjis dengan air garam. Kacau rata hingga kuning keemasan. Bila dah masak, simpan dalam tin kedap udara.
Kerepek pisang tanduk tak perlu apa-apa pewarna kerana bila telah masak rangup, warnanya sendiri akan kekuningan.
Alhamdulillah untuk rezeki dapat makan kerepek pisang tanduk yang lemak, masin, rangup dan segar. Tak de bau plastik pun. Itu tandanya kerepek pisang tu masih baru dan segar dari ladang.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.