Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pokok Ketapang Semakin Membesar

Pokok Ketapang Semakin Membesar. Pokok ketapang yang saya tanam memang dah besar dan menjulang tinggi sampai bumbung parking, sebelum ini tetapi saya dah tebang dan tinggal 1 meter je tinggi dia. Tapi sekarang pokok ketapang yang tinggal batang nya dah semakin besar dan berdaun. Cepat tau dia punya tumbesaran. Hehe.. mungkin sebab musim hujan. Hehe..

Pokok Ketapang Semakin Membesar

Pokok ketapang saya yang semakin tinggi dan bercabang dari akar hingga ke pucuk. Sebelum ni hanya tinggal batang je saya bersihkan, apabila musim hujan ia jadi cepat bertunas baru dan berdaun lebat.

Bila pokok ketapang ni semakin tinggi, saya akan cantas semula bagi mengekalkan ketinggiannya setakat 2 meter sahaja. So, pokok ini akan nampak rendang.

Pokok Ketapang Semakin Membesar

Pokok Ketapang Semakin Membesar

Ini pula adalah pokok kaktus yang saya tanam dari dahan pokok yang patah, dan cucuk dalam tanah. Tak perlu penjagaan sangat, pokok kaktus akan subur tumbuhnya.

Ini kerana pokok kaktus menyimpan air dalam batangnya yang membuatkan ia bertahan lama walau tidak mendapat air yang cukup.

Pokok Ketapang Semakin Membesar


Pokok Ketapang Semakin Membesar

Kebanyakan pokok bunga yang saya tanam adalah tumbuhan yang kurang berbunga dan berdaun hijau. Jadi, jimat sikit masa saya untuk membeli baja bunga pula.. hehe

Jika anda suka menanam pokok bunga tetapi jenis yang tak berapa pandai.. macam saya.. maka yang penting adalah memastikan kita meletakkan pokok-pokok tersebut di tempat yang betul iaitu samada di kawasan berbumbung atau direct di bawah langit. Direct kena hujan atau panas. Jika pokok tersebut tidak sesuai dengan habitatnya, pokok akan mudah mati.

Okay.. selamat berkebun, bagus untuk mengeluarkan peluh sihat..

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close