Berhati-hatilah Dengan Tipu Daya Dunia. Hidup di dunia penuh dengan tipu daya. Tiada satu pun yang terkecuali daripadanya, walau siapa pun kita. Semua dalam genggaman Allah SWT. Hari ini kita mungkin dijanjikan dengan kemewahan, kesenangan dan berjaya dalam apa yang kita usahakan. Kita lupa dari mana kita mendapatkan semua itu, kerana akal minda telah ditutupi dengan yakin bahawa itu semua usaha kamu sendiri. Padahal semua itu berlaku dengan kurnia dan izin Allah jua.
%20kehidupan%20di%20dun_20250221_201120_0000.png)
%20kehidupan%20di%20dun_20250221_201120_0000.png)
Maka, usahlah kita lalai apabila kekayaan, kesenangan dan kesihatan dapat kita takluki. Ucapkanlah kesyukuran kepada pemilik alam ini kerana bila kita bersyukur.. segala pencapaian akan dinilai dengan ganjaran pahala dari Allah SWT.
Bersyukur dan sabarlah dengan segala nikmatNya dan jua ujian yang mendatang.
Kehidupan dunia adalah penuh tipu daya, semua yang kita lalui cuma hiasan fana sahaja. Gembira di dunia tetapi bersedih di akhirat. Oleh sebab itu, usah terpedaya akan indahnya dunia.
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Berhati-hatilah Dengan Tipu Daya Kehidupan Dunia
Kehidupan dunia adalah penuh tipu daya, semua yang kita lalui cuma hiasan fana sahaja. Gembira di dunia tetapi bersedih di akhirat. Oleh sebab itu, usah terpedaya akan indahnya dunia.
Firman Allah SWT :
وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
[Surah Āli-ʿImrān: 185]
وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
[Surah Āli-ʿImrān: 185]
Terjemahan:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Kesenangan yang sementara, dan hidup di dunia umpama sehari jika dibandingkan dengan tempoh kehidupan di akhirat nanti. Jadi, apa yang kita harapkan dari semua itu? Kehidupan di dunia adalah umpama ladang tempat kita mengumpul pahala sebagai jaminan untuk ke syurga Allah.
Maka, berhati-hatilah dalam melayari nakhoda kehidupan di atas muka bumi ini. Kadangkala antara tipu daya dan nikmat dunia, sukar untuk diterjemah dengan mata kasar semata-mata. Pandanglah sesuatu dengan kekuatan iman didada.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.