Hilangkan Dahaga Dengan ABC. ABC special, semua ada. Bila masa panas terik, memang layan la minum ABC ni, selain hilangkan dahaga, boleh juga menikmati rasanya yang berbagai.. ada kekacang, jelly, rasa sirap, gula merah, buah kabung dan macam-macam la. Itu sebab namanya special. Dan, ada juga aiskrim..


Selain itu, untuk hilangkan lapar kami order char kue tiau special, dan nasi goreng pattaya, dan juga tauhu bakar.




Makan-makan dengan family walau sekadar order menu simple je, tetap dah buat kita gembira, kan? Sesekali order makanan yang jarang dimasak, samada tak pandai nak buat ataupun malas, bermakna kita juga membantu perniagaan orang lain. Asyik makan masakan sendiri pun boring jugak.
ABC hanya boleh ambil sesekali je, sebab rasanya yang manis. Kesihatan pun kena jaga ya.





Char kuetiau dia memang sedap cuma agak cair. Mungkin terlebih kuahnya kut.. dan menu kegemaran si ayah dan anak lelakinya adalah tauhu bakar @ rojak tauhu. Saya tak berapa suka.. dan apabila makan di kedai A @ B @ C, ada je yang dikomen itu dan ini. Hehe...


1 Comments
Sedap2 semuanya
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.