Perhatian Ibu Bapa, Mengurus Masa Anak-Anak Setelah SPM Tamat. Alhamdulillah. Peperiksaan SPM dah pun berakhir, sudah selesai. Selamat berehat duhai anak-anakku! Semoga anak-anak kita memperoleh kecemerlangan dalam hidup.
Sampai bila anak-anak kita nak berehat? Sampai result SPM keluar iaitu dijangka pada penghujung Mei nanti? Atau secepatnya bila SPM tamat, terus je cari kerja? Apa pandangan ibu bapa sekalian?
Usah tergesa-gesa membenarkan anak kita bekerja. Pandulah mereka dengan nasihat berguna dan bermanfaat untuk jangkamasa panjang mereka.
Dialog saya dengan anak bujang saya,
"Awak nak buat apa ni lepas habis SPM? Nak cari kerja ke?" Saya memancing fikirannya.
"Saya nak enhance kan soft skill dulu bu, apa eh yang boleh saya buat?
Tambahkan Soft Skill Buat Anak-Anak
Soft skill tu apa? Jom kita tambahkan soft skill anak-anak dulu. Soft skill adalah kemahiran kendiri yang didapatkan dari ajaran ibu bapa atau pengalaman sendiri yang dilalui sewaktu melaksanakan sesuatu kerja. Ia adalah kemampuan yang lebih cenderung kepada keterampilan sosial, komunikasi, kecerdasan sosial, dan lain-lain.
Dirujuk dari The Balance Careers, soft skill adalah kemampuan komunikasi, karakter seseorang, kecerdasan sosial yang melekat, serta kemampuan beradaptasi dengan baik di dalam kehidupan mahupun dunia kerja. It is a real life experiment.
Kebolehan ini menunjukkan bagaimana seseorang dapat berinteraksi dan bersosialisasi dengan orang lain di dalam dunia kerja.
Tidak seperti hard skill yang dipelajari dan dilatih, kemampuan ini lebih mengarah kepada emosi dan wawasan dalam memperlakukan orang lain, yang ia dapatkan daripada pemerhatian sekeliling atau ajaran orang tua.

Jadi, ibu bapa semua.. jangan tergesa-gesa suruh anak bekerja atau biarkan mereka di rumah dengan bermain game handphone. Bawalah anak-anak keluar seperti:
1. Mendaftarkan mereka ke kelas memandu
2. Mendaftarkan ke kelas fitness @ gymnasium sebagai terapi kesihatan
3. Biarkan mereka berkumpul bersama sepupu sebaya, untuk mengasah bakat, 'common sense' mereka
4. Biarkan anak-anak remaja kita mencuba resepi masakan yang mereka pelajari di youtube
5. Ajarkan mereka pergi ke kedai untuk membeli sayuran, lauk pauk dan barangan harian yang kita senaraikan.
6. Dan banyak lagi...
Sesungguhnya untuk menambahkan soft skill mereka agak sukar juga terutama anak-anak yang sedari awal remaja usia 13 tahun telah duduk di asrama.
Maka, jadi tugas ibubapa untuk membekalkan soft skill kepada anak-anak lepasan SPM ini, iaitu sementara menunggu keputusan SPM keluar.
Insha Allah, semoga anak-anak kita semua berjaya dan berakhlak cemerlang dunia akhirat.
Rujukan:
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.