Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap?

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap? Korang pernah makan kedua-dua menu tersebut pada masa yang sama? Pada pendapat korang, mana satu lebih sedap? Kesukaan terhadap rasa sesuatu masakan adalah subjektif, kerana citarasa lidah dan tekak kita tak sama. Betul tak?

Tadi saya sempat memesan kedua-dua menu tauhu tersebut. Tauhu bakar anak bujang yang order, manakala tauhu goreng Singapore saya yang pilih. Oh ya, kami order di Mydin Mall berdekatan rumah kami.

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap?

Merujuk gambar di atas, sebelah kiri adalah tauhu bakar. Sebelah kanan pula tauhu goreng singapore. Apa bezanya? Tauhu bakar lebih liat sikit dan agak rangup. Kuahnya manis dengan taburan kacang di tabur di atas tauhu dengan hirisan timun. 

Manakala tauhu goreng Singapore, tauhu nya lebih tebal dan halus lembut isi tauhu tersebut. Disiram dengan kuah/ sos yang telah dicampur kacang dan pedas rasanya. Memang agak pedas sebenarnya. Dan ada juga hirisan timun. 

Tauhu bakar tentulah tauhunya dibakar dan tauhu goreng Singapore, tauhunya digoremg. So, terpulang pada kesukaan masing-masing. 

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap?

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap?

Untuk sepinggan tauhu bakar dengan 2 keping tauhu harganya RM7.00. Manakala, untuk 2 keping tauhu goreng singapore, harganya anggaran RM15.00. 

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap?

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap?

Selqin itu, kami juga order nasi ayam penyet dengan ayam nya yang crispy diluar dan juicy di dalam. Memang ngam habis la dengan sup dan sambal tomato nya. Memang kena dengan tekak kami.

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap?

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore, Mana Lebih Sedap?

Jadi, kalau korang jalan-jalan ke Mydin Mall Skudai, korang boleh lah cuba makan menu yang kami order di atas tadi.

Insha Allah, sedap semuanya. Selamat beristirehat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close