Akhirnya Pokok Sepit Udang Berbunga. Haa.. itulah sabar menunggu dan akhirnya pokok bunga sepit udang saya mwngeluarkan bunganya sedikit demi sedikit. Hmm.. memang mencabar juga menanti, macam tak de bunga. Akhirnya dia keluar jugak.. hehe


Sebiji macam sepit udang, kan?


Diselang seli dengan tanaman lain, pokok sepit udang tidak terganggu kerana sifatnya yang macam tumbuhan hutan. Jadik, pokok sepit udang adalah sejenis tumbuhan yang tahan lasak. Juga tak mudah layu walau seminggu tak disiram air.
Sekali pandang pokok sepit udang ni macam tak menarik, macam pokok random dalam hutan. Tetapi saya ada terlihat sebuah rumah kat taman ni perumahan saya tanam pokok ni dijadikan pagar rumah. Dan yang mrnarik bunganya yang warna oren kemerahan macam sepit udang tu menarik minat saya.


Pokok bunga ni mudah ditanam, dan juga senang bercambah pokok baru melalui bahagian akarnya. Tak perlu nak siram sangat dan guna tanah sawit dicampur tanah hitam pun dah jadik.


Pokok sepit udang kelihatan cantik jika disusun sejajar dalam tiga pasu kerana ia kelihatan agak rimbun.
Semoga kita semua dapat melakukan aktiviti sihat yang kita sukai contohnya dengan berbakti pada tanah. Walau sekadar taman kecil di hadapan rumah.
Okay 👌

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.