Menu Ramadan - Kari Telur Dan Kambing Cili Padi. Ramadan masuk hari ke 9 sudah, apa yang korang dah jadikan menu berbuka puasa ya? Mesti menu yang jarang dimasak dan yang membuka sekera. Betul tak? Ramadan ke 9 kami buat menu simple tetapi sedap. Iaitu kari telur. Memang bertambah makan anak bujang tu dan En suami.




Saya juga menyediakan popia goreng, buat sendiri dengan anak bujang tu.. banyak juga kami buat dalam 50 ketul = sebungkus kulit popia sederhana besar. Kiranya rajin la pulak! Hehe..

Menu Kari Telur dan Kambing Cili Padi Di Bulan Ramadan


Kari telur rebus tu saya masak sendiri, sebab mudah dan senang disediakan. Menu yang agak murah dan boleh makan banyak kali, sampaj ke sahur.
Menu kambing cili padi dibeli oleh En suami di bazar ramadan. Satu bekas plastik sederhana besar dijual pada harga RM16.00. Dua bekas dab RM32.00. Dia macam masakan Indonesia, dimakan dengan nasi padang rasanya...



Dan tak lupa sediakan sayur buncis digoreng bersama dengan tahu telur. Hmm... makan tak toleh kiri kanan mereka .. nasi bertambah sampai tiga kali.
Semoga kita semua diberkati dan diterima puasa kita dengan ibadah yang lainnya. Insha Allah.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.