Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Biskut Red Velvet oleh Azlina Ina

Resepi Biskut Red Velvet oleh Azlina Ina. Resepi Cikgu Ina ni memang dia benarkan kita share kat lebih ramai orang. Jika korang pandai buat cookies, maka boleh la guna resepi dari Cikgu Azlina Ina ini. Tapi jika korang tangan keras macam saya, kita beli saja la.. hehe

Resepi Biskut Red Velvet oleh Azlina Ina

Resepi Biskut Red Velvet oleh Azlina Ina


Bahan-bahan dan cara penyediaan:

1/4 cawan susu full cream
1sb cuka masakan
1sb pewarna merah meroon
Satukan biar 10 minit

Sementara tu di besen atau bowl 
500g butter salted pure butter
2 @ 1 cawan setengah gula perang
(kalau tak nak manis kurang kan lg)
1 biji telur kuning sahaja
Esen vanila

Mix sebati atau boleh pakai senduk sahaja

Tambahkan, 

1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar emplek bahan perangup cookies bakery banyak jual tp (kalau xade boleh ganti dgn tepung beras 1 sudu besa)
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan minyak masak
Mix sebati
Tambah pulak
1 sudu besar serbuk koko
1 cawan tepung jagung
Mix lagi sebati

Tambah pula
Susu yg kita peram tadi tu kacau sebati baru tambah
5-6 cawan tepung gandum (bargantung keadaan butter sbb kdg kalau butter masih steady sejuk2 kite masuk 5 cawan dan cukup tapi kalau butter dah terlebih lembut kena tambah lg 1/2 cawan tepung gandum lagi)
1-2 cawan coklat chip
2 cawan badam nips bakar dulu 
*badam nips* (wajib bakar sekejap supaya masa membakar cookies jadi cepat)
Adunan memang  tak keras ya
Tambah cereal 1 cawan untuk lagi rangup kan cookies korg nnt gaul sebati...

Masuk piping beg dan piping kan atas dulang pembakar dah siap2 lapik baking paper ya. agak2 sebesar duit 20 sen

Resepi Biskut Red Velvet oleh Azlina Ina

Panas kan oven dulu
Set suhu 180 atas bawah bakar 20-22 mnt begantung ketebalan cookies yg korg paiping tadi. so masa die tak sama setiap oven dan org. Sebab ketebalan cookies yang korang paiping main peranan mengubah masa membakar td. Kene try n eror.

Tgk dah agak2 brown bawah cookies licin mudah diangkat dan biar dia sejuk boleh belah dua cookies tgk kerangupan die sampai dalam atau tak,  kalau masih tak rangup boleh bakar semula. masa ni baru korg boleh set masa die macamana.

Tips Untuk jualan:

Biasa korg boleh letak dalam balang mcm ni mesra travel dan meja raya. Mini balang sesuai untuk jualan harga jimat. Cadangan bagi 20-25 pcs Rm14 -15 tgk pada modal bahan2 yg korg guna juga ya..

Bagi korang yang dah guna resepi Cikgu Ina ni, tolong lah hadiahkan doa yang baik-baik buat beliau. Semoga rezeki kita semua diberkati.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close